awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit di Taman Botanical, Tanjung Bungah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/04/2021
14:58 MYT
Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit di Taman Botanical, Tanjung Bungah
Mangsa kemudiannya dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Gambar JBPM
GEORGE TOWN: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit di Taman Botanical, Tanjung Bungah di sini, pada petang Ahad.
Mangsa yang berusia lingkungan lewat 50-an itu ditemui tidak sedarkan diri oleh pendaki lain yang sedang mendaki di kawasan sama sebelum melaporkannya kepada pasukan penyelamat.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.02 petang memaklumkan terdapat pendaki pengsan semasa aktiviti mendaki.
Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi kejadian menaiki pacuan empat roda.
"Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa telah meninggal dunia dan kematiannya telah disahkan oleh pegawai KKM.
"Mangsa kemudiannya dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Operasi menyelamatkan tamat sekitar jam 8.25 malam tadi.
Topic Berkaitan
#pendaki
#meninggal dunia
#Taman Botanical
#Tanjung Bungah
#mendaki
#pengsan
#pasukan penyelamat
#mangsa lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan