awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2026
01:34 MYT
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak
Anggota bomba membawa turun mangsa selepas pengsan dan tidak sedarkan diri di Gunung Lambak, Kluang. Foto JBPM
Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Lambak di sini selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa Loh Yeong Keong, 54, memulakan pendakian jam 11 pagi bersama-sama kakak iparnya berusia 53 tahun.
“Mangsa pada mulanya pengsan dan tidak sedarkan diri pada tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.
“Mayat kemudian dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dan proses bedah siasat akan dilakukan pagi ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima maklumat kejadian itu jam 12.28 tengah hari daripada kakak ipar mangsa sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saifulfadly Karim berjaya menemui mangsa pada jarak perjalanan kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung.
Ujarnya, PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di kepala sebelum membawanya turun ke kaki gunung menggunakan pengusung.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya selepas disahkan meninggal oleh pegawai perubatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gunung Lambak
#Kluang
#pendaki meninggal dunia
#pengsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan