awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki miliki bahan berkaitan kumpulan IS didakwa

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/07/2024
03:00 MYT
Lelaki miliki bahan berkaitan kumpulan IS didakwa
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Jumaat. - Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang pekerja kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) Jun lepas.
Tertuduh, Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir ,33 tahun mengganguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa memiliki barangan berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) di dalam telefon bimbit miliknya jenis Redmi Note 11 (dual sim) .
Kesalahan itu didakwa di lakukan di 1521 Sungai Dua, Butterworth jam 9.35 pagi pada 23 Jun lepas.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menetapkan 19 Ogos depan untuk perbicaraan.
Terdahulu tertuduh tiba di Mahkamah Butterworth pada jam 8.45 pagi dikawal ketat anggota polis bersenjata.
Topic Berkaitan
#Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir
#Islamic State
#Mahkamah Sesyen Butterworth
#kumpulan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan