awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tempatan maut ditembak di Klang

Bernama
Bernama
07/01/2026
12:00 MYT
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
Seorang lelaki tempatan maut ditembak di kawasan Taman Wangsa, Klang, tengah malam tadi. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut ditembak di kawasan Taman Wangsa, Klang, dekat sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 12.30 tengah malam tadi.
"Susulan itu, pasukan polis telah ke tempat kejadian dan menjumpai mayat seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 43 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaini berkata siasatan lanjut mendapati dua lelaki menaiki motosikal dipercayai telah ke lokasi kejadian dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
"Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.
Mohd Zaini berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak
#Taman Wangsa Klang
#lelaki tempatan
#Ketua Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan