awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan

Bernama
Bernama
26/02/2024
12:15 MYT
Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
SPRM Sabah menahan seorang lelaki disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan untuk mendapatkan projek tidak wujud di Beluran, lima tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan untuk mendapatkan projek tidak wujud di Beluran, lima tahun lepas.
Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60an itu telah meminta dan menerima rasuah itu kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek membaiki sebuah sekolah yang bernilai kira-kira RM1.5 juta.
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah di sini pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, esok," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terima rasuah
#sprm sabah
#projek tidak wujud
#Beluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan