awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjun Sungai Kedah ditemukan lemas

Bernama
Bernama
13/12/2022
20:40 MYT
Lelaki terjun Sungai Kedah ditemukan lemas
Mayat ditemukan kira-kira 44 meter dari tebing sungai sedalam satu meter. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kedah, di sini bagi mengelak ditahan polis kira-kira 1 tengah hari semalam ditemukan lemas di sungai berkenaan petang Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada 3.34 petang hasil operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.
Beliau berkata mayat ditemukan kira-kira 44 meter dari tebing sungai sedalam satu meter.
"Maklumat awal yang diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada 1.07 tengah hari, terdapat dua lelaki dikhuatiri lemas di sungai namun seorang daripada lelaki itu berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Sayani anggota bomba menggunakan bot penyelamat dan pencangkuk besi untuk mencari dan menyelamat.
Katanya kematian lelaki itu disahkan petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa dipercayai seorang daripada tiga individu disyaki pengedar dadah yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tersebut bagi mengelak ditahan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mati lemas
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Mayat lelaki lemas
#lelaki terjun sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan