awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas

Bernama
Bernama
06/01/2025
11:45 MYT
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
JERTIH: Seorang lelaki yang terjun ke sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam di sini malam tadi kerana cuba melarikan diri daripada serbuan polis, ditemukan lemas pagi ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 45 tahun terjun ke sungai dekat Kompleks LKIM Seberang Kastam untuk melarikan diri daripada serbuan polis.
  • Lelaki itu ditemukan mati lemas pada pagi berikutnya oleh pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada 10.25 pagi tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.
"Lelaki itu yang berada di atas sebuah bot nelayan di tepi jeti bertindak terjun ke sungai sebaik menyedari kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut yang melakukan operasi di kawasan itu kira-kira 7.45 malam.
"Orang awam yang berada di kawasan itu cuba memberi bantuan, namun gagal lalu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 8.30 malam.
"SAR kemudian disambung pagi tadi dan mayat berkenaan dijumpai di dasar sungai oleh anggota skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi mencari dan menyelamat
#Kompleks LKIM Seberang Kastam
#lari serbuan polis
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan