awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas mandi laut di Langkawi, kanak-kanak 4 tahun dirawat di PICU

Bernama
Bernama
09/03/2026
07:37 MYT
Lemas mandi laut di Langkawi, kanak-kanak 4 tahun dirawat di PICU
Mangsa terpaksa ditidurkan di PICU HSB dan memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas ditemukan lemas semasa mandi laut bersama abangnya di Langkawi pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada seorang doktor di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang memaklumkan menerima mangsa yang dihantar untuk rawatan awal.
“Sebelum kejadian, mangsa dan abangnya yang berusia lapan tahun sedang mandi laut yang terletak kira-kira lapan meter dari hadapan rumah mereka sambil diperhatikan ibu mangsa. Ketika sedang mandi, ibu mangsa memaklumkan air di kawasan itu berada pada paras lutut dengan ombak yang kecil.
“Ibu mangsa kemudiannya telah pergi ke bahagian dapur untuk melihat makanan yang sedang dimasak dan selang beberapa minit, abang mangsa memanggil ibunya dan memaklumkan mangsa telah lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ibu mangsa bergegas ke tempat kejadian dan meminta bantuan ibu mentuanya kerana dia tidak pandai berenang.
“Setelah berjaya diselamatkan, ibu mangsa memberi pertolongan awal dengan menepuk bahagian belakang badan mangsa. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh jirannya kerana ketika kejadian, bapa mangsa sedang menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Mangsa terpaksa ditidurkan dan memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas. Pada Sabtu, mangsa telah dipindahkan ke hospital di Alor Setar dengan menaiki feri untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Langkawi
#kanak-kanak lemas
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan