awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu mati dipanah petir, penternak rugi RM60,000

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2021
12:03 MYT
Lembu mati dipanah petir, penternak rugi RM60,000
Sebanyak 18 ekor lembu peliharaan penternak di Kesedar Paloh 2, Gua Musang mati berhampiran pokok kelapa sawit disyaki dipanah petir pada malam Isnin. - Foto Sinar Harian
GUA MUSANG: Sebanyak 18 ekor lembu peliharaan penternak di sini dipercayai mati disambar petir dalam satu kejadian di Kesedar Paloh 2, awal pagi Selasa.
Mohd Shahrul Afizan Johari, 31, dan seorang rakan dipercayai pergi ke ladang sawit tersebut pada jam 6 petang Isnin untuk melihat keadaan lembu-lembu milikan bersama sebanyak 50 ekor tersebut dan semuanya berada di dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, pada jam 8 pagi Selasa, mereka dikatakan pergi sekali lagi ke ladang berkenaan dan mendapati sebanyak 18 ekor lembu peliharan mereka mati berhampiran pokok kelapa sawit disyaki dipanah petir pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan dan penternak didakwa berada di kediaman masing-masing semasa kejadian berlaku.
"Lembu-lembu tersebut telah mati dalam kumpulan semasa berteduh di bawah pokok kelapa sawit, dan mangsa mengesyaki lembu peliharaan mereka mati akibat dipanah petir.
"Siasatan daripada keterangan penternak dan kawan-kawannya mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Disebabkan insiden tersebut, pengusaha rugi lebih RM60,000," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Lembu mati dipanah petir, penternak rugi RM60,000
Topic Berkaitan
#mati disambar petir
#Gua Musang
#lembu mati siambar petir
#penternak kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan