awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marwan Barghouti alami penderaan fizikal serius – Peguam
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian
NRES di fasa akhir muktamad pindaan Akta 127, dijangka dibentang pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu 'stres' dalam longkang, prihatin anggota bomba bukan sekadar untuk manusia

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
18/11/2019
09:41 MYT
Lembu 'stres' dalam longkang, prihatin anggota bomba bukan sekadar untuk manusia
Lembu itu dipercayai cuba untuk melintas longkang berkenaan namun tidak melepasinya lalu terjatuh dan terperangkap. - JBPM
Tugas anggota bomba bukan sekadar bertanggungjawab menjaga hal keselamatan manusia sewaktu bencana seperti banjir atau kebakaran.
Dalam keadaan tertentu, panggilan kecemasan yang diterima melibatkan 'makhluk' lain yang sedang dalam situasi terancam atau tertekan.
Itulah yang terjadi apabila sepasukan anggota bomba dirakam menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuala Krai, di sini, pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, lembu terbabit terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.
Difahamkan, lembu cuba untuk melintas longkang berkenaan namun tidak berjaya melepasinya lalu terjatuh dan terperangkap.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam 8.06 pagi.
"Sepasukan sembilan anggota bersama jentera tiba di lokasi kejadian dan melakukan tindakan menyelamat.
"Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengangkat lembu terbabit dengan menggunakan tali dan hos," katanya.
Menurutnya, lembu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#bomba selamatkan lembu
#kecemasan
#lembu
#lembu masuk parit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan