awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen pinjaman wang pemaju perumahan: Kabinet arah tambah baik polisi

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2016
11:29 MYT
Lesen pinjaman wang pemaju perumahan: Kabinet arah tambah baik polisi
Tan Sri Noh sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembeli rumah yang berhadapan kesukaran pinjaman bank. - Gambar hiasan
Kabinet mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengkaji serta melakukan penambahbaikan terhadap polisi pemberi wang pinjaman.
Arahan diberikan selepas menterinya, Tan Sri Noh Omar menjelaskan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri berhubung cadangannya memberi lesen pinjawan wang kepada pemaju perumahan, pada Rabu.
"Kajian itu membabitkan keberkesanan polisi dalam membantu rakyat untuk membiayai pembelian rumah.
"Dalam masa sama, kementerian juga akan mengambil tindakan proaktif dan melihat secara keseluruhan keberkesanan fasiliti pembiayaan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, supaya tidak disalahgunakan oleh pemegang lesen yang tidak bertanggungjawab, katanya dalam kenyataan hari ini.
KPKT juga diarah untuk mengeluarkan garis panduan yang jelas dan mudah difahami kedua-kedua syarikat pemegang lesen pemberi pinjaman wang dan juga peminjam.
Tan Sri Noh sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembeli rumah yang berhadapan kesukaran pinjaman bank.
Cadangan itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak serta mengundang spekulasi tentang perincian skim yang dicadangkan itu.
Topic Berkaitan
#lesen pinjaman wang
#Noh Omar
#pemaju perumahan
#tambah baik polisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan