awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#LetterToMyPM: Warkah istimewa kanak-kanak khas untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

Syafique Shuib
Syafique Shuib
23/05/2018
10:44 MYT
#LetterToMyPM: Warkah istimewa kanak-kanak khas untuk Tun Dr Mahathir Mohamad
UNICEF menjemput kanak-kanak untuk meluahkan keinginan mereka untuk masa hadapan anak-anak muda dan juga negara.
Apa aspirasi dan harapan anak-anak muda untuk Malaysia baharu?
Susulan kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNICEF melancarkan satu kempen iaitu #LetterToMyPM.
Pertubuhan itu menjemput kanak-kanak untuk meluahkan keinginan mereka untuk masa hadapan anak-anak muda dan juga negara.
Puluhan surat diterima oleh pihak UNICEF dimana kanak-kanak menyampaikan hasrat mereka tentang pelbagai isu dari pendidkan hingga ke isu pembangunan negara.
Berikut adalah beberapa surat yang dikongsi oleh UNICEF di laman Instagram mereka:
“Tun Dr Mahathir, Kami memerlukan lebih banyak latihan untuk guru; kemudahan sekolah yang lebih baik dan iPads bukan buku.” - Herrish, 11, Kuala Lumpur (KL).
#lettertomypm Dear Tun Dr Mahathir, We need more training for teachers; better school facilities; and iPads not books. - Herrish, 11, KL . #children4change #anakmalaysia #harapan #tunm #malaysiaku #malaysiaboleh #unicefmy #education #foreverychild
A post shared by UNICEF Malaysia (@unicefmalaysia) on
May 14, 2018 at 10:01pm PDT
“Tun Dr Mahathir Mohamad, saya mahu satu sistem berdasarkan merit, bukan bangsa.” - Jennifer, 17, Kedah.
#lettertomypm - I want a system based on merit, not race. - Jennifer, 17, Kedah . #children4change #anakmalaysia #harapan #tunm #malaysiaku #malaysiaboleh #unicefmy
A post shared by UNICEF Malaysia (@unicefmalaysia) on
May 20, 2018 at 2:11am PDT
“Tun Dr Mahathir Mohamad, saya berharap Malaysia akan kembali hebat satu hari nanti.” - Ainun, 19, Johor.
Dear Tun Dr Mahathir, Thanks a lot Sir. We really love you. - Ainun, 19, Johor #lettertomypm . #children4change #anakmalaysia #harapan #tunm #malaysiaku #malaysiaboleh #unicefmy
A post shared by UNICEF Malaysia (@unicefmalaysia) on
May 22, 2018 at 5:56am PDT
“Tun Dr Mahathir Mohamad, saya harap kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pembangunan negara.” - Kaushalynn, 17, KL.
Dear Tun Dr Mahathir, I hope we children can participate in developing the country. - Kaushalynn, 17, KL #lettertomypm . #children4change #anakmalaysia #harapan #tunm #malaysiaku #malaysiaboleh #unicefmy #education
A post shared by UNICEF Malaysia (@unicefmalaysia) on
May 21, 2018 at 10:21pm PDT
“Tun Dr Mahathir Mohamad, bolehkah kita mempunyai lebih banyak MRT dengan tanda-tanda kerusi roda dan lebih banyak pawagam dengan lif supaya saya dapat menonton Star Wars?” - Nikhil Look, 9, KL.
#lettertomypm Dear Tun Dr Mahathir Mohamad, Can we have more MRT with wheelchair signs and more cinemas with lifts so I can watch Star Wars. - Nikhil Looi, 9, KL . #children4change #anakmalaysia #harapan #tunm #malaysiaku #malaysiaboleh #unicefmy #foreverychild #cerebralpalsy
A post shared by UNICEF Malaysia (@unicefmalaysia) on
May 16, 2018 at 10:45pm PDT
Dalam perkembangan lain, UNICEF Malaysia mengucapkan tahniah kepada pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM yang ketujuh.
“Anak muda Malaysia dengan jelas dan aman meluahkan aspirasi mereka untuk masa depan yang lebih cerah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Orang muda tidak sabar untuk menyumbang kepada Malaysia yang lebih mampan, saksama, dan inklusif,” kata Amjad Rabi, Pemangku wakil UNICEF di Malaysia.
Selain itu, UNICEF menyeru kerajaan yang baharu dipilih untuk melantik Pesuruhjaya Kanak-kanak sebagai penasihat bebas untuk memantau hak dan kesejahteraan kanak-kanak dan mempromosikan kepentingan terbaik mereka dalam undang-undang dan dasar.
“Wakil khas ini memberi tumpuan kepada isu-isu kanak-kanak dan melaporkan terus ke Parlimen, dengan mandat untuk meletakkan kepentingan anak-anak kepada agenda awam.
“Ia akan menggalakkan pelbagai jabatan untuk menyelaraskan usaha mereka dan menggalakkan undang-undang, dasar dan perkhidmatan yang lebih baik untuk kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan itu.
UNICEF menggalakkan anak-anak muda untuk terus kongsi harapan dan aspirasi menerusi surat terbuka untuk Perdana Menteri.
Surat terbuka ini boleh dimuat naik di media sosial menggunakan hashtag #LetterToMyPM dan tag @UNICEFMalaysia di Instagram.
Topic Berkaitan
#LetterToMyPM
#suara anak muda
#surat terbuka
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#UNICEF
#UNICEF Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan