awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan besar dilaporkan di loji penapisan minyak Texas, AS

Bernama
Bernama
24/03/2026
04:04 MYT
Letupan besar dilaporkan di loji penapisan minyak Texas, AS
Polis Port Arthur dan jabatan bomba menasihati penduduk berhampiran untuk berlindung namun tetapi tiada arahan berpindah. - Gambar/ AP
Kepulan asap menjulang selepas letupan besar dilaporkan pada petang Isnin di kilang penapisan minyak di bandar Port Arthur, Texas, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik laman web tempatan 12newsnow.com.
Saksi berkata mereka terdengar bunyi letupan kuat yang menggegarkan tingkap kereta manakala seorang penduduk di tempat kejadian melaporkan bau telur busuk yang kuat di kawasan itu.
Satu insiden berlaku di kemudahan Valero, kata Antonio Mitchell daripada Jabatan Bomba Port Arthur.
Sheriff Daerah Jefferson Zena Stephens berkata letupan itu mungkin melibatkan unit pemanas.
Pegawai sedang memantau kualiti udara di kawasan tersebut.
Polis Port Arthur dan jabatan bomba menasihati penduduk berhampiran untuk berlindung namun tetapi tiada arahan berpindah.
Jabatan Pengangkutan Texas turut menggesa pemandu mengelak kawasan berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Bomba Port Arthur menasihati penduduk yang tinggal di sebelah barat Port Arthur supaya berlindung berikutan letupan di loji penapisan minyak Valero di bandar itu, lapor FOX 26 Houston.
Penduduk di kawasan sekitar digesa berada di dalam rumah sehingga diberitahu selain memastikan tingkap dan pintu ditutup serta mengikut arahan pegawai tempatan.
Pegawai Port Arthur berkata mungkin terdapat penutupan jalan di dalam dan sekitar kawasan letupan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Texas
#kilang penapisan minyak
#letupan besar
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan