awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di selatan Lubnan: Semua anggota MALBATT 850-13 selamat - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
25/03/2026
11:02 MYT
Letupan di selatan Lubnan: Semua anggota MALBATT 850-13 selamat - Mohamed Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah di kawasan terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
Tiada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah di kawasan terbabit.

“Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya di kawasan penugasan MALBATT 850-13. Keselamatan anggota kekal menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan, termasuk rondaan berjadual, situational awareness serta komunikasi rapi antara unit,” katanya.

Beliau berkata MALBATT 850-13 terus melaksanakan tugasan di kawasan tanggungjawab dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
“Pihak kami akan terus memantau situasi semasa serta bekerjasama rapat dengan pihak UNIFIL dan rakan pasukan pengaman lain bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara serta tugasan yang diamanahkan terus dilaksanakan dengan baik,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MALBATT
#selamat
#selatan Lubnan
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan