awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan Madinah: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2016
06:05 MYT
Letupan Madinah: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Susulan kejadian di Masjid Nabawi itu, Kementerian Luar dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan di Arab Saudi dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Kementerian Luar Malaysia hari ini mengesahkan tiada warganya yang terbabit dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan).
Menurut laporan media setakat ini, sekurang-kurangnya 4 orang telah terbunuh dalam kejadian itu, termasuk 2 orang anggota keselamatan.
“Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.
“Kementerian Luar Negeri dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Terdahulu hari ini, agensi berita asing melaporkan, satu letupan bunuh diri terjadi di perkarangan masjid di tempat paling suci umat Islam itu, mengorbankan empat anggota keselamatan.
BACA: LAPOR LANGSUNG Siri letupan gegarkan Arab Saudi
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#letupan
#Madinah
#Masjid Nabawi
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan