awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump umum wakil AS ke Islamabad untuk pusingan kedua rundingan
Menteri Besar Perlis beri jaminan Sidang DUN diadakan sebelum 8 Jun
Dua maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Kluang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Dunia Islam kecam serangan terhadap UNIFIL di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
19/04/2026
10:03 MYT
Liga Dunia Islam kecam serangan terhadap UNIFIL di selatan Lubnan
Liga Dunia Islam (MWL) mengecam serangan yang menyasarkan batalion Perancis Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan. - Gambar fail/REUTERS

Liga Dunia Islam (MWL) mengecam serangan yang menyasarkan batalion Perancis Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MWL merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Al-Issa mengutuk serangan yang menyasarkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Beliau menegaskan semula pendirian MWL yang menolak dan mengecam penyasaran organisasi PBB serta misi mereka, sebagai sebahagian daripada penolakannya terhadap semua bentuk keganasan dan terorisme.

Al-Issa turut menyatakan bahawa serangan itu melanggar kewajipan antarabangsa berkaitan keselamatan dan perlindungan anggota PBB.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

-- BERNAMA-SPA

Topic Berkaitan
#Liga Dunia Islam
#serangan
#UNIFIL
#selatan Lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan