awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS Vance akan ke Pakistan untuk rundingan Iran - Pegawai White House
Iran sekat 2 kapal tangki minyak daripada melepasi Hormuz
25 kes pokok tumbang akibat hujan, angin kencang di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar Perlis beri jaminan Sidang DUN diadakan sebelum 8 Jun

Bernama
Bernama
19/04/2026
13:12 MYT
Menteri Besar Perlis beri jaminan Sidang DUN diadakan sebelum 8 Jun
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bertemu pengamal media mengulas mengenai penangguhan mengejut Sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) Perlis ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Perlis Open Moto X Meeting di Litar Motocross, Sungai Batu Pahat ha
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah memberi jaminan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal diadakan sebelum 8 Jun, dengan tarikh baharu sidang itu akan diumumkan pada minggu depan.
Abu Bakar berkata penangguhan sidang DUN itu tiada kaitan dengan isu undi tidak percaya ataupun ketidaktentuan sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya.
“Kami ada tempoh sehingga Jun ini. Dalam peraturan, persidangan terakhir dan persidangan berikutnya tidak melebihi enam bulan… saya akan buktikan persidangan DUN akan bermula sebelum 8 Jun nanti,” katanya di sini hari ini.
Sidang DUN Perlis sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 April ini, namun surat pemakluman mengenai penangguhan sidang yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dan tular di media sosial menimbulkan pelbagai spekulasi.
Abu Bakar berkata penangguhan sidang DUN itu bertujuan untuk memastikan kerajaan negeri memperincikan persediaan pentadbiran agar persidangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, memandangkan beliau baharu memegang jawatan Menteri Besar selepas mengangkat sumpah pada 28 Dis tahun lepas.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata tidak timbul isu kelemahan kepimpinan ataupun usaha mengelak tekanan politik menerusi penangguhan sidang DUN berkenaan, sebaliknya ia sebahagian daripada pendekatan pentadbiran beliau dalam memperkemas urusan pentadbiran kerajaan negeri.
“Bagi saya, dalam politik kami tak pernah kenal erti takut, ini tidak timbul masalah takut dan sebagainya, cuma kepimpinan ada caranya. Kepimpinan dulu cara lain dan kepimpinan saya sebagai Menteri Besar ada cara tersendiri,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perlis
#sidang dun
#Jun
#jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan