awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal Thailand berjaya melepasi Selat Hormuz
Sabah FC juara Piala Cabaran, tewaskan Penang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti
Kongres Parlimen Global Sumud: Bukan sekadar kongres simbolik, tindakan penting untuk Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sekat 2 kapal tangki minyak daripada melepasi Hormuz

Bernama
Bernama
19/04/2026
14:15 MYT
Iran sekat 2 kapal tangki minyak daripada melepasi Hormuz
Iran pada Ahad memaksa dua kapal tangki minyak berpatah balik ketika mereka cuba melalui Selat Hormuz, dengan menyatakan langkah itu sebagai tindak balas kepada sekatan berterusan Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan Iran. - Gambar fail/REUTERS

Iran pada Ahad memaksa dua kapal tangki minyak berpatah balik ketika mereka cuba melalui Selat Hormuz, dengan menyatakan langkah itu sebagai tindak balas kepada sekatan berterusan Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kapal tersebut, yang beroperasi di bawah bendera Botswana dan Angola, terpaksa menukar haluan dan berundur selepas cubaan "transit tanpa kebenaran" melalui laluan air utama itu, menurut agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.

Pada Sabtu, Iran mengumumkan bahawa ia sedang memperketat kawalan ke atas Selat Hormuz dan memberi amaran kepada pengendali perkapalan bahawa koridor tenaga utama itu telah ditutup semula secara berkesan.

Permusuhan di rantau tersebut telah meningkat selepas AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb. Sebagai tindak balas, Tehran membalas dengan serangan ke atas Israel dan negara serantau lain yang menempatkan aset AS.

Peperangan itu telah ditangguhkan sejak 8 April, apabila Pakistan menjadi pengantara gencatan senjata selama dua minggu.

Washington dan Tehran mengadakan perbincangan di Pakistan hujung minggu lalu, namun rundingan tersebut berakhir tanpa sebarang perjanjian. Pengantara Pakistan sedang berusaha untuk mengadakan satu lagi pusingan rundingan antara kedua-dua belah pihak.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Hormuz
#Iran
#kapal tangki minyak
#sekat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan