awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal Thailand berjaya melepasi Selat Hormuz
Sabah FC juara Piala Cabaran, tewaskan Penang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti
Kongres Parlimen Global Sumud: Bukan sekadar kongres simbolik, tindakan penting untuk Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Parlimen Global Sumud: Bukan sekadar kongres simbolik, tindakan penting untuk Palestin

Luqman Mazlan
Luqman Mazlan
19/04/2026
16:02 MYT
Kongres Parlimen Global Sumud: Bukan sekadar kongres simbolik, tindakan penting untuk Palestin
Di sebalik pergolakan geopolitik yang semakin teruk di Asia Barat, dunia seakan mula memalingkan pandangan dan seolah-olah terlupa akan penderitaan yang masih menghantui bumi dan penduduk Gaza dan Palestin. - Gambat fail
DI SEBALIK pergolakan geopolitik yang semakin teruk di Asia Barat, dunia seakan mula memalingkan pandangan dan seolah-olah terlupa akan penderitaan yang masih menghantui bumi dan penduduk Gaza dan Palestin. Di kala perhatian global beralih arah, krisis kemanusiaan di Palestin sebenarnya sedang berada di titik paling kritikal. Namun, di tengah-tengah krisis kemanusiaan ini, dunia akan menyaksikan satu gerakan penting dalam diplomasi kemanusiaan dan politik.
Kongres Parlimen Global Sumud (Global Sumud Parliamentary Congress) yang akan berlangsung pada 22 April 2026 di Brussels bukan sekadar satu perhimpunan retorik atau simbolik. Sebaliknya ia merupakan satu platform strategik yang menyatukan pemimpin politik, ahli parlimen, PBB, ahli akadeemik dan pakar undang-undang dari seluruh pelosok dunia dengan satu matlamat, untuk menuntut keadilan, akauntabiliti dan perubahan polisi yang nyata.
Tarikh 22 April 2026 dipilih secara strategik untuk bergerak seiring dengan misi Global Sumud Flotila (GSF), misi flotila tersbesar dalam sejarah dunia untuk memecahkan kepungan haram rejim Zionis. Di kala GSF berlayar merentasi lautan Mediterranean, Kongres ini bertindak sebagai strategi penting di darat bagi memastikan suara rakyat Gaza dan Palestin diterjemahkan kepada tekanan diplomatik, politik dan perundangan yang nyata.
Sejak beberapa tahun ini, undang-undang antarabangsa dianggap seperti tiada nilai dan kuasa. Secara langsung, persidangan antarabangsa seperti ini sering dipandang remeh dan dianggap sebagai pembaziran masa dan wang, dan sekadar perhimpunan kosong, "cerita kedai kopi".
Walaubagaimanapun, Kongres Parlimen Global Sumud adalah berbeza kerana ia mempunyai matlamat yang jelas dan strategi yang kukuh. Kongres yang akan dihadiri oleh pemimpin politik dunia ini akan menyaksikan mereka menandatangani satu dokumen penting iaitu Deklarasi Brussels. Deklarasi ini bertujuan untuk mendesak pembukaan dan pengiktirafan koridor maritim kemanusiaan yang disokong secara rasmi oleh PBB bepandukan Konvensyen Undang-Undang Laut (UNCLOS) dan San Remo Manual on Armed Conflict At Seat.
Selain itu, fokus utama kongres ini adalah antaranya untuk mengetengahkan beberapa isu kritikal seperti menamatkan sepenuhnya kerjasama keselamatan dengan rejim Zionis, memajukan mekanisme akauntabiliti parlimen, mewujudkan rangka kerja antarabangsa yang kukuh bagi menjamin akses maritim kemanusiaan, serta membina satu rangkaian Parlimen Global yang berfungsi dan berupaya menggerakkan tindakan politik secara berterusan.
Matlamat kongress ini juga adalah untuk mewujudkan satu bentuk tekanan secara kolektif oleh komuniti antarabangsa, di mana tindakan diplomatik, politik dan strategi perundangan dapat diperkukuhkan antara satu sama lain bagi menghasilkan impak yang berkesan.
Sebelum mengkritik dan menghukum, kita perlu sedar bahawa sejarah telah membuktikan gabungan merentasi sempadan seperti ini mampu membawa perubahan. Sebagai contoh, Inter-Parliamentary Union (IPU) yang ditubuhkan pada 1889 bertujuan untuk, antara lain, menjadi platform rundingan pertikaian antarabangsa bagi mengelakkan peperangan. Pada ketika itu, dunia tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk menyelesaikan konflik antara negara secara aman. Kini, IPU merupakan salah satu platform utama untuk ahli parlimen berinteraksi dan berdialog, merentasi sempadan. Bermula dengan hanya beberapa orang ahli parlimen, kini ia dianggotai lebih 183 parlimen dunia dan menjadi antara platform utama dialog keamanan antarabangsa.
Begitu juga dengan kejatuhan sistem Apartheid di Afrika Selatan. Ia tidak runtuh dalam sekelip mata. Pada tahun 1980-an, gabungan ahli parlimen dari serata dunia adalah antara penyebab keruntuhan sistem apartheid Afrika Selatan. Antara tindakan yang dilakukan oleh mereka pada ketika itu adalah menggerakkan kempen boikot, mendesak kerajaan mereka melaksanakan sekatan ekonomi dan perdagangan dengan Afrika Selatan dan memberikan tekanan politik dan perundangan yang berterusan. Tindakan yang hanya bermula di parlimen secara kecil akhirnya meruntuhkan salah satu sistem penindasan yang paling kejam dalam sejarah ketamadunan.
Kongres Parlimen Global Sumud pada 22 April ini membawa mesej jelas kepada dunia; solidariti tanpa tindakan adalah tidak mencukupi. Kehadiran pemimpin politik dunia dan PBB dalam kongres ini bukan sekadar tanda solidariti, tetapi satu ketegasan untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis dan kuasa besar bahawa kekejaman dan kolonialisme tidak mempunyai tempat dalam dunia hari ini.
Kita harus sedar bahawa perubahan besar mungkin tidak akan terlihat sepenuhnya dalam masa terdekat dan mungkin bukan dalam generasi kita sekarang. Namun, kita perlu yakin bahawa setiap langkah dan inisiatif yang diambil adalah perubahan yang bermakna, "Rome was not built in a day". Perjuangan menentang kekejaman dan penjajahan memerlukan masa dan kecekalan, dan kongres yang menghimpunkan pemimpin dunia ini adalah bukti bahawa perubahan sedang berlaku demi masa depan Gaza dan Palestin yang merdeka.
* Luqman Mazlan dan Dir Kheizwan merupakan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga sukarelawan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan pemerhatian bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Kongres Parlimen
#Global Sumud
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan