awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Selangor kembali ke tangga kedua, belasah Imigresen FC 4-0

Bernama
Bernama
08/03/2026
20:56 MYT
Liga Super: Selangor kembali ke tangga kedua, belasah Imigresen FC 4-0
Alvin Fortes (kiri) dikawal ketat oleh pemain lawan Mior Dani (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 antara Selangor FC dan Imigresen FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8 Mac 2026. --fotoBERNAMA
Selangor FC kembali merampas tangga kedua Liga Super apabila membelasah Imigresen FC 4-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.
Pesta gol Gergasi Merah bermula pada minit ke-28 menerusi Chrigor Moraes yang menanduk masuk hantaran rakan sepasukan, Faisal Halim sebelum Ahmad Zikri Mohd Khalili meledak gol kedua Selangor pada penghujung separuh masa pertama untuk tuan rumah mendahului 2-0.
Memasuki babak kedua, Selangor dilihat tidak mengendurkan serangan apabila kerap melakukan asakan bertali arus terus ke arah kubu Imigresen FC.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Moraes sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring selepas merembat masuk hantaran Alvin Fortes pada minit ke-79.
Victor Pernambuco melengkapkan malam gemilang Selangor menerusi gol sulungnya bersama skuad Merah Kuning itu pada babak akhir perlawanan sekali gus menoktahkan kemenangan 4-0 Selangor.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor mengumpul 39 mata, berkongsi mata dengan Kuala Lumpur City FC (KL City), namun kelebihan perbezaan jaringan membolehkan mereka memintas KL City yang turun ke tangga ketiga.
Selangor akan turun menentang KL City pada perlawanan Liga Super seterusnya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Ahad depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Selangor FC
#Imigresen FC
#Faisal Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan