awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Guan Eng fail saman ke atas Tajuddin

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/10/2022
07:51 MYT
Lim Guan Eng fail saman ke atas Tajuddin
Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa Kementerian Kewangan ibarat tokong sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa Kementerian Kewangan ibarat tokong sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Guan Eng, surat tuntutan guaman itu akan dihantar oleh peguamnya kepada Tajuddin.
Pengerusi DAP itu berkata, dakwaan Tajuddin disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan amat bahaya apabila sengaja memainkan isu perkauman di pentas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Guan Eng ambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin
Media sebelum ini melaporkan, Tajuddin sewaktu menjadi ahli panelis program Wacana Sinar mendakwa, Guan Eng menjadikan Kementerian Kewangan sebagai tokong Cina selain meminggirkan pegawai Melayu.
Tajuddin turut mendakwa, Guan Eng membenarkan pegawainya memasuki pejabat kerajaan itu hanya dengan berseluar pendek selain memasang tanglung di pejabat.
Mengulas mengenai jenis tuntutan yang akan diambik terhadap Tajuddin, Guan Eng berkata, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.
“Terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang… ini amat bahaya, tuduhan jahat sebegini pada pentas nasional,” kata Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang, di sini, pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Tajuddin Abdul Rahman
#Lim Guang Eng saman Tajuddin
#Kementerian Kewangan tokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan