awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi

Bernama
Bernama
05/03/2026
09:47 MYT
Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi
Menerusi pernyataan tuntutannya, Lim berkata Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, Selangor. - Gambar fail/Bernama
Penasihat DAP Lim Guan Eng hari ini berjaya dalam saman terhadap bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah.
Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Lim, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Menon membenarkan saman difailkan bekas Menteri Kewangan itu selepas mendapati kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan dalam kes berkenaan.
Beliau berkata mahkamah telah memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Lim.
“Mahkamah turut mengarahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM5,000 kepada plaintif,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Nair berkata mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi bagi melarang ketiga-tiga defendan daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim.
Pada prosiding hari ini, Lim diwakili peguam Maniggandan Gopalan manakala ketiga-tiga defendan diwakili peguam Nizamuddin Hamid.
Pada 7 Jun 2024, Lim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya dan MNow Media Sdn Bhd sebagai defendan.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Lim berkata Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#saman fitnah
#peguam
#injuksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan