awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

Bernama
Bernama
20/07/2017
23:10 MYT
Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR
GUAN ENG: Kita boleh bincang bahawa IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit.
Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Khamis menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Sebaliknya, beliau berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi kerajaan negeri untuk berbuat demikian.
"Tapi sekiranya mereka rujuk kepada kita, kita boleh bincang bahawa IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit untuk banteras rasuah," katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Pulau Pinang, di sini Khamis malam.
Turut hadir pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama memerangai musuh nombor satu negara itu.
Pada 12 Julai lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IBR
#ikrar
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan