awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ditahan minum arak langgar PKP

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2020
06:21 MYT
Lima ditahan minum arak langgar PKP
Lima lelaki ditahan ingkar PKP di Georgetown.
Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan polis selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul minum arak di tepi sebuah kedai di Jalan Burma di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mereka ditemui sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan dalam Op COVID-19 di sekitar kawasan berkenaan.
“Ketika anggota polis melalui kawasan berkenaan, kita melihat lima individu yang memakai penutup hidung dan mulut sedang berkumpul sambil minum arak.
“Semua mereka ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut kerana melanggar PKP,” katanya di sini, pada Jumaat.
Katanya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Empat lelaki tempatan itu akan direman di Mahkamah Georgetown esok manakala lelaki warganegara asing ditahan reman Imigresen selama (14) hari.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#koronavirus
#mahkamah
#minum arak
#polis
#Soffian Santong
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan