awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima dulang barang kemas lesap dalam rompakan kedai emas di Bagan Serai

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
06/12/2016
12:18 MYT
Lima dulang barang kemas lesap dalam rompakan kedai emas di Bagan Serai
Dalam kejadian sekitar jam 11.35 pagi itu, keempat-empat suspek bersenjatakan senapang patah, kapak serta tukul besi itu berjaya melarikan lima dulang barang kemas. -Astro AWANI/Nazialita Geyna Maharan
Empat perompak bertopeng dan bersenjata menyamun sebuah kedai emas di Jalan Sepakat, di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 11.35 pagi itu, keempat-empat suspek bersenjatakan senapang patah, kapak serta tukul besi itu berjaya melarikan lima dulang barang kemas.
Pemilik premis Fong Kok Heng, 51, berkata ketika kejadian dia bersama isteri serta anak dan seorang pekerja sedang membuka kedai untuk memulakan perniagaan.
Menurutnya, ketika sedang menyusun barang kemas, kereta dinaiki suspek dipercayai model Proton Wira berhenti di depan kedai dan empat lelaki memakai topeng keluar dari kereta berkenaan.
"Terkejut dengan kehadiran suspek, saya segera menekan loceng kecemasan sebelum berlari masuk ke dalam premis bersama yang lain untuk menyelamatkan diri.
“Ketika bersembunyi, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan disusuli bunyi cermin ruang pameran dipecahkan keempat-empat suspek sebelum mereka melarikan lima dulang barang kemas," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan. Jumlah kerugian setakat ini belum dapat dipastikan.
Topic Berkaitan
#bertopeng
#Empat perompak bertopeng
#fong kok heng
#kapak
#senapang patah
#tukul besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan