awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu dikaitkan kes pencemaran air Selangor akan dituduh esok

Fareez Azman
Fareez Azman
14/09/2020
11:01 MYT
Lima individu dikaitkan kes pencemaran air Selangor akan dituduh esok
Keadaan Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air. - Gambar fail/BERNAMA
Polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses pertuduhan terhadap lima individu berkaitan kes pencemaran air di Selangor baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan ringkas pada Isnin.
Menurutnya, empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan seorang pengurus kilang yang ditahan sebelum ini.
Jelasnya, pertuduhan pertama ke atas lima individu tersebut dibawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang akan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Sementara itu, pertuduhan kedua ke atas lima tangkapan ini adalah dibawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya.
Seramai empat lagi tangkapan ujarnya telah dibebaskan dengan bon dibawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadiakan saksi.
Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan pada 15 September (Selasa) di Mahkamah Seksyen Selayang.
Baru-baru ini kehidupan jutaan pengguna di sekitar Lembah Klang dan Selangor menghadapi gangguan bekalan air berikutan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor, Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang, dihentikan.
Topic Berkaitan
#Datuk Fadzil Ahmat
#individu
#Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#jenayah
#Peguam Negara
#pencemaran air
#pencemaran Sungai Gong
#Pertuduhan
#Selangor
#Sungai Selangor
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan