awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kru hilang dipercayai diculik ke selatan Filipina

Israr Khalid
Israr Khalid
20/07/2016
09:41 MYT
Lima kru hilang dipercayai diculik ke selatan Filipina
Polis percaya ia ada kaitan dengan kumpulan sama yang mendalangi dua insiden penculikan baru-baru ini di perairan Sabah. -Gambar fail
Lima warga Malaysia yang hilang di perairan Dent Heaven, Lahad Datu Sabah pada Isnin dipercayai diculik dan dibawa ke selatan Filipina.
Bagaimanapun kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, polis ketika ini masih menunggu pengesahan pihak berkuasa negara tersebut.
Beliau juga percaya ia ada kaitan dengan kumpulan sama yang mendalangi dua insiden penculikan baru-baru ini di perairan Sabah.
"Itu maklumat yang kita telah terima.
"Apa yang harus kita buat sekarang adalah mendapatkan pengesahan dan tunggu tindakan daripada pihak penculik, mungkin mereka akan menghubungi keluarga tebusan mereka," katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.
Pihak polis juga katanya masih belum menerima sebarang panggilan atau tuntutan daripada pihak penculik.
Lima anak kapal itu didapati hilang selepas sebuah kapal tunda ditemui terdampar di beting pasir perairan Dent Heaven sekitar pukul 2 petang dengan enjin yang masih hidup tanpa operator dan keadaan dalam kapal yang berselerak.
Mereka adalah Abd Rahim Summas, 62 tahun; Tayudin Anjut, 45 tahun; Mohd Ridzuan Ismail, 32 tahun; Zulkipli Ali, 56 tahun; dan Fandy Bakran, 26 tahun.
Kapal tunda tanpa muatan itu difahamkan dalam perjalanan pulang dari Sandakan ke Semporna selepas menghantar pasir.
Topic Berkaitan
#Dent Heaven
#insiden penculikan
#Lahad Datu
#Lima warga Malaysia
#Noor Rashid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan