awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak di Kuala Gula

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
05/07/2023
05:30 MYT
Lima saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak di Kuala Gula
Mohd Yusri berkata susulan keterangan saksi-saksi yang diambil pihaknya yakin kertas siasatan kejadian itu dapat dilengkapkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
IPOH: Lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan siasatan polis berhubung kejadian beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali ke arah sebuah rumah di Kuala Gula, Bagan Serai pada Selasa.
Tanpa mengulas secara terperinci, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata susulan keterangan saksi-saksi yang diambil pihaknya yakin kertas siasatan kejadian itu dapat dilengkapkan dalam masa terdekat.
“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan kita telah memanggil beberapa saksi untuk kita mengambil keterangan serta membantu dalam siasatan kes ini.
“Insya-Allah dalam masa yang terdekat, pihak polis akan dapat melengkapkan kertas siasatan ini, seterusnya menyelesaikan kes ini dengan seberapa segera.
“Oleh itu, jika ada mana-mana orang ramai yang ada maklumat berkenaan dengan kejadian tembakan ini semalam boleh tampil ke balai polis dekat untuk memberikan kerjasama dan juga keterangan kepada pihak polis,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Meniti Karier Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini pada Rabu.
Hadir sama Presiden Dewan Perhimpunan Cina Perak, Datuk Kwan Foh Kwai.
Dalam pada itu, Mohd Yursi berkata pihaknya juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dan suspek yang terlibat.
“Kita masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti punca di sebalik kejadian itu. Mungkin ia ada pelbagai faktor (berkaitan) misalnya melibatkan soal perniagaan, persaingan atau sebagainya,” katanya.
Terdahulu media melaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki tidak dikenali, yang dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Gula, dekat sini, pada Selasa.
Mohd Yusri dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan mengenai kejadian tersebut, kira-kira jam 3 pagi.
Katanya lagi, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap mangsa dan keluarga di rumah berkenaan.
HABIS
Topic Berkaitan
#kes tembakan
#Kuala Gula
#motif tembakan
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan