awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sekeluarga maut kebakaran: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah buat waris mangsa

Astro AWANI
Astro AWANI
26/02/2026
06:06 MYT
Lima sekeluarga maut kebakaran: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah buat waris mangsa
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua menyatakan rasa amat dukacita atas kejadian menyayat hati yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini. -Foto Facebook
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub, awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua menyatakan rasa amat dukacita atas kejadian menyayat hati yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini.
"Berharap agar seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.
"Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan yang mulia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi," menurut hantaran itu hari ini.

Tragedi yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu meragut nyawa Mohd Awi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44.
Turut terkorban tiga anak perempuan pasangan itu, Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14; dan Ruby Azyan Barizah, 10.
Terdahulu, media melaporkan kesemua mangsa ditemukan rentung setelah rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut yang turut melibatkan kemusnahan beberapa kenderaan.
Topic Berkaitan
#Kebakaran Raub
#Kampung Pamah Kulat
#dong
#Sultan Pahang
#Tengku Ampuan Pahang
#Lima sekeluarga
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan