awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima serpihan dipercayai dari MH370 diserah kepada menteri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/11/2018
07:10 MYT
Lima serpihan dipercayai dari MH370 diserah kepada menteri
Semalam, Voice370 mendedahkan, pihak mereka kini sudah memiliki lima serpihan dipercayai daripada kapal terbang yang ditemui oleh orang awam di Madagascar. - Gambar fail
Kumpulan waris mangsa pesawat hilang MH370, Voice370 hari ini menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada kapal terbang yang ditemui oleh orang awam di Madagascar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Serpihan berkenaan diserahkan wakil Voice370, Grace Nathan. Lima serpihan berkenaan dipercayai ditemukan di beberapa lokasi berbeza di kepulauan Madagascar.
Ia ditemui beberapa nelayan sejak Disember 2016 hingga Ogos tahun ini.
Loke berkata, kesemua serpihan itu akan diserahkan kepada pasukan penyiasat MH370.
“Saya bercakap di Parlimen semalam, kita tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat bukti kukuh, kita buka semula pencarian,” katanya.
“Kita tidak akan menutup sebarang kemungkinan jika terdapat bukti-bukti baharu. Kalau ada sesiapa yang mempunyai bukti yang meyakinkan, kita terbuka untuk membuka semula siasatan,” tambah Loke.
Semalam, Voice370 mendedahkan, pihak mereka kini sudah memiliki lima serpihan dipercayai daripada kapal terbang yang ditemui oleh orang awam di Madagascar.
Kata wakil kumpulan tersebut, Grace Nathan berharap kerajaan dapat melaksanakan sesuatu daripada penemuan terbaharu itu.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#GRACE NATHAN
#Madagascar
#Menteri Pengangkutan
#MH370
#Voice370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan