awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Limpahan air Empangan Jus, Durian Tunggal terkawal - BKSA

Bernama
Bernama
02/01/2022
14:48 MYT
Limpahan air Empangan Jus, Durian Tunggal terkawal - BKSA
Terdahulu tular di media sosial mengenai gambar berkaitan pelepasan air dikatakan dari Empangan Durian Tunggal. - Gambar/ Media sosial
MELAKA: Limpahan air dari Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus di Jasin terkawal, walaupun paras kedua-dua empangan tersebut mencapai tahap 100 peratus.
Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk membuat pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal melalui sistem alur limpah sedia ada.
"Kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal adalah tidak tepat. Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Terdahulu tular di media sosial mengenai sekeping gambar berkaitan pelepasan air dikatakan dari Empangan Durian Tunggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Empangan Jus
#Durian Tunggal
#banjir
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan