awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow tuntut penjelasan tindakan 'melampau' Pengerusi Tourism Malaysia

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/05/2016
08:40 MYT
Liow tuntut penjelasan tindakan 'melampau' Pengerusi Tourism Malaysia
LIOW: Wee (gambar kanan) sepatutnya menggalakkan perlancongan dan bukannya bertindak sebaliknya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menuntut penjelasan daripada Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong kerana didakwa mengarahkan bunting AirAsia dibuang dari Ekspo Pelancongan Antarabangsa ke-4 China (Beijing) 2016 baru-baru ini.
"Saya fikir sebagai sebuah negara, kita harus menggalakkan pelancongan dan kita harus menggalakkan syarikat penerbangan datang ke Malaysia.
“Tindakan itu tidak boleh diterima dan saya mahu penjelasan daripada beliau," katanya di sidang media selepas majlis perlancaran KLIA Metropolis di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.
Liow merujuk kepada laporan yang mendakwa Wee marah apabila melihat bunting AirAsia diletakkan bersama bahan-bahan promosi lain di gerai Tourism Malaysia.
Wee dikatakan telah menegur secara terbuka kakitangan yang bertanggungjawab meletakkan bunting tersebut dan beliau turut dilaporkan mengarahkan ia dibuang dan mematahkannya sendiri.
Perkara itu turut dipersoalkan hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menerusi laman Facebook beliau, mendakwa Wee telah 'menyeksa' syarikatnya selama bertahun-tahun.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#Pengerusi Tourism Malaysia
#Wee Choo Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan