awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liwat pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun bekas warden asrama dikurangkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/04/2021
06:45 MYT
Liwat pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun bekas warden asrama dikurangkan
Mahkamah turut membenarkan rayuan hukuman sebatan tertuduh dengan meminda hukuman 42 sebatan kepada hanya 20 sebatan. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman penjara 50 tahun keatas seorang bekas warden asrama atas 26 kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, pada 2019.
Hakim Datuk Azmi Abdullah membuat keputusan itu selepas meminda hukuman ke atas tertuduh Nawawi Anuar, 29, daripada penjara 228 tahun kepada 50 tahun.
Tertuduh membuat rayuan itu menerusi menerusi panel peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) diketuai oleh Mohd Hapiz Rajali, Norharniza Rusli, Nor Herdawati Harun dan Siti Hajar Che Ahmad serta turut dibantu peguam kanan, Zamri Ibrahim.
Mahkamah turut membenarkan rayuan hukuman sebatan tertuduh dengan meminda hukuman 42 sebatan kepada hanya 20 sebatan.
Liwat | Hukuman penjara 228 tahun bekas warden asrama dikurangkan
Pada 29 Mei 2019 lalu, Nawawi dijatuhi hukuman penjara 228 tahun serta 42 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mendapati tertuduh mengaku bersalah terhadap 26 pertuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman penjara yang dijatuhkan itu tidak dijalankan secara serentak.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019. - Foto Astro AWANI
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019. - Foto Astro AWANI
Pendakwaan dilakukan oleh Izham Ali selepas panel pembelaan memfailkan rayuan pada 20 Februari tahun lalu.
Dalam hujahan rayuan, pihak peguam bela menyatakan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini dilihat agak luar biasa apabila hukuman yang dijatuhkan itu berjalan secara berasingan sehingga menyebabkan tempoh penjara tertuduh berlanjutan sehingga 228 tahun.
Malah, dalam hujahan rayuan itu juga, pihak pembelaan melihat dari segi faktor umur yang mana tiada manusia yang akan hidup selama tempoh hukuman berkenaan.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK, Seksyen 15(e) serta Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tertuduh kini menjalani hukuman di Pusat Koreksional Perlis bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Mei 2019.
Topic Berkaitan
#liwat
#penjara
#Hukuman
#50 Tahun
#228 tahun
#Hakim Datuk Azmi Abdullah
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan