awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah

Bernama
Bernama
06/01/2026
21:00 MYT
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Ewon berkata, penyediaan bekalan air tambahan melalui teknologi penyahgaraman itu penting bagi memastikan kelangsungan operasi industri. - Gambar Bernama
LAHAD DATU: Pewujudan loji penyahgaraman air laut Jetama di kawasan industri di Taman Perindustrian Minyak dan Gas (POIC), di sini, mampu menjadi model penyelesaian bekalan air industri di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata, pada ketika ini pewujudan loji oleh Jetama Sdn Bhd dengan kerjasama POIC Sabah itu menyediakan penyelesaian secara in-situ terhadap isu bekalan air kepada kilang perusahaan di kawasan terbabit.
Beliau, berkata penyediaan bekalan air tambahan melalui teknologi penyahgaraman itu penting bagi memastikan kelangsungan operasi industri, selari dengan perkembangan dan pertumbuhan POIC Lahad Datu.
"Ketika ini 46 perusahaan besar beroperasi di POIC Lahad Datu dan kawasan ini masih berpotensi dibangunkan, sejajar visi menjadikan POIC Lahad Datu sebagai eastern gateway untuk Sabah," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan loji berkenaan, di sini, pada Selasa.
Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, pihaknya akan menyokong inisiatif inovatif bagi memperkukuh ekosistem perindustrian negeri seterusnya menjamin bekalan asas mapan kepada sektor industri.
Sementara itu, Ewon berkata, terdapat keperluan menambah kawasan perindustrian serta menyemak semula dasar pembangunan taman perindustrian di Sabah.
"Ini penting dalam memastikan taman perundustrian ini mampu berfungsi sebagai pembangun ekonomi negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji penyahgaraman
#air laut
#belakan air industri
#Sabah
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan