awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Israel luluskan puluhan penempatan baharu di Tebing Barat, kata badan pemantau
Trump keluarkan amaran baharu terhadap Iran dalam isu minyak, nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Rantau Panjang masih ditutup

Bernama
Bernama
04/09/2020
01:09 MYT
Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Rantau Panjang masih ditutup
Menurut Air Selangor, LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap kosong TON.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat 6.30 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji berkenaan dan kini berada pada tahap satu (1) TON.
"LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap kosong (0) TON," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula semalam.
BACA: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,292 kawasan termasuk KL, Petaling dan Shah Alam
Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#beroperasi
#gangguan bekalan air
#loji rawatan air
#maklumat gangguan
#muka sauk
#pencemaran
#Selangor
#sumber air mentah
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan