awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Longgokan barangan kitar semula di Shah Alam terbakar

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
07:28 MYT
Longgokan barangan kitar semula di Shah Alam terbakar
Setakat jam 3 petang, kerja pemadaman masih dijalankan dengan bantuan beberapa balai iaitu BBP Shah Alam, BBP Klang Selatan, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang, BBP Klang Utara, dan BBP Bukit Jelutong. -Gambar JBPM Selangor

Longgokan barangan kitar semula di kawasan terbuka berkeluasan kira-kira lapan meter persegi berhampiran sebuah pusat memandu di Shah Alam, dekat sini, terbakar dalam kejadian tengah hari, Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 tengah hari.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, setakat jam 3 petang, kerja pemadaman masih dijalankan dengan bantuan beberapa balai lain iaitu BBP Klang Selatan, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang, BBP Klang Utara dan BBP Bukit Jelutong.

Katanya, seramai 31 anggota bersama beberapa jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Water Tanker (WT) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Topic Berkaitan
#kebakaran
#longgokan kitar semula
#bomba
#BBP shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan