awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel
Zamri Vinoth, Arun Dorasamy akan didakwa esok
Dua maut, 11 kritikal akibat wabak meningitis invasif di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lonjakan harga tenaga global pacu permintaan komoditi bio - Noraini

Bernama
Bernama
14/03/2026
11:09 MYT
Lonjakan harga tenaga global pacu permintaan komoditi bio - Noraini
Noraini berkata kerajaan menjangkakan sekiranya konflik berpanjangan, kos logistik, pengangkutan dan insurans perkapalan mungkin meningkat dan memberi kesan kepada kos operasi industri. - Gambar fail/BERNAMA
Peningkatan harga tenaga global berpotensi meningkatkan permintaan terhadap komoditi berasaskan bio seperti minyak sawit, terutamanya dalam sektor biobahan api, sekali gus memberi kesan positif kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ketegangan di Asia Barat telah menyumbang kepada kenaikan harga tenaga dunia yang secara tidak langsung mempengaruhi harga komoditi termasuk minyak sawit.
“Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang memantau secara dekat perkembangan konflik geopolitik di Asia Barat serta potensi kesannya terhadap perdagangan dan pasaran komoditi global.
“Perkembangan semasa telah memberi tekanan kepada rantaian bekalan global, khususnya melibatkan sektor tenaga, perkapalan dan logistik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu, Noraini berkata berdasarkan penilaian semasa kementerian bersama agensi berkaitan, eksport komoditi utama negara seperti minyak sawit, getah, lada, koko dan produk berasaskan kayu masih beroperasi seperti biasa.
“Bagaimanapun, kerajaan menjangkakan sekiranya konflik berpanjangan, kos logistik, pengangkutan dan insurans perkapalan mungkin meningkat dan memberi kesan kepada kos operasi industri,” katanya.
Beliau berkata kementeriannya memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri, agensi pengawal selia dan rakan perdagangan antarabangsa bagi memastikan kelancaran eksport serta kestabilan rantaian bekalan komoditi negara.
“Pada masa sama, KPK akan terus memperkukuh daya tahan sektor perladangan dan komoditi melalui strategi kepelbagaian pasaran, peningkatan produktiviti serta pengukuhan nilai tambah produk komoditi Malaysia,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenaga global
#noraini ahmad
#komoditi bio
#minyak sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan