awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori rempuh bas, pasangan suami isteri parah tersepit

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2020
01:59 MYT
Lori rempuh bas, pasangan suami isteri parah tersepit
Pasangan suami isteri parah tersepit hampir 30 minit selepas lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah bas di Kuala Selangor. -Astro AWANI
Pasangan suami isteri parah tersepit hampir 30 minit selepas lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah bas di laluan utama Kampung Telok Piai, di sini, pagi ini.
Kejadian berlaku kira kira jam 8 pagi tadi ketika tiga beranak itu menaiki lori penuh muatan buah-buahan untuk perjalanan ke utara Semenanjung.
Rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan terbabit yang berusia awal 30-an parah di bahagian kaki manakala anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun hanya cedera ringan.
Menurut jurucakap bomba, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila lori dipandu mangsa gagal dikawal lalu merempuh belakang bas terbabit.
Keadaan di lokasi kejadian selepas kemalangan.
Keadaan di lokasi kejadian selepas kemalangan.
Satu jentera bersama tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Tanjung Karang dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#Hospital Tanjung Karang
#JBPM
#Kampung Telok Piai
#lori rempuh bas
#suami isteri parah tersepit
#tiga beranak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan