awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terjunam ke sungai, pemandu dikhuatiri lemas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/04/2021
15:40 MYT
Lori terjunam ke sungai, pemandu dikhuatiri lemas
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perai memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.10 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. - Gambar/ Astro AWANI
PERAI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai, di sini, malam ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perai memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.10 malam sebelum pasukan dihantar ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, polis memaklumkan terdapat sebuah lori 10 tan terjunam ke dalam sungai dan seorang mangsa lelaki dikhuatiri lemas.
"Komander operasi mengarahkan anggota membuat pencarian di lokasi dan mengerahkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Siasatan awal mendapati pemandu lori yang masih hilang itu dikenali sebagai K Palaniappan, 66, dan beralamat di Taman Gurun Jaya, Gurun, Kedah.
Sementara itu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, mangsa dilihat berjalan ke arah lori itu sebelum masuk ke tempat duduk pemandu. Tidak lama kemudian, kenderaan tersebut dilihat meluncur ke depan lalu terjunam ke dalam sungai.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#hilang
#dikhuatiri lemas
#lori terjunam dalam sungai
#Perai
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan