awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong paling kiri khas untuk motosikal?

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2019
03:17 MYT
Lorong paling kiri khas untuk motosikal?
Baru Bian berkata NGO berkenaan yang bertemunya turut mencadangkan laluan kecemasan khas untuk pengguna motosikal. -Gambar fail
Terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan lorong paling kiri di lebuh raya dikhaskan untuk motosikal sahaja memandangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal begitu tinggi.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata NGO berkenaan yang bertemunya turut mencadangkan laluan kecemasan khas untuk pengguna motosikal.
“Ada beberapa cadangkan bagaimana nak kurangkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Bagi saya, ini adalah satu langkah yang positif dan kita menerima hakikat ini. Inilah situasi yang kita hadapi di Malaysia, di lebuh raya kita.
"Kita menerima cadangan tersebut. Kita dari kementerian akan melihat semua cadangan ini. Saya peka dengan keadaan ini dan akan melihat pilihan terbaik,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di sini semalam.
Menurutnya, masyarakat juga perlu mengubah cara pemanduan mereka kerana kajian menunjukkan antara punca utama kemalangan adalah kecuaian individu itu sendiri.
“Daripada kajian yang telah dibuat, 65 peratus kemalangan di jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan kemalangan berlaku kerana cuai, yang selebihnya mungkin kenderaan tidak diservis dan keadaan jalan raya.
“Ini adalah satu perkara yang penting, bermaksud cara kita gunakan jalan raya perlu ditukar. Ada beberapa NGO datang berjumpa saya dan saya cadangkan beberapa cara untuk kurangkan kemalangan terutamanya penunggang motosikal.
Baru berkata, berdasarkan statistik itu, isu berkenaan boleh dibawa ke peringkat sekolah berikutan suatu ketika disiplin di jalan raya turut diajar kepada murid.
"Masa saya di sekolah rendah dulu, ada diajar mengenai disiplin di jalan raya. Mungkin kita perlu kembali kepada asas dalam isu ini, mungkin perlu diajar dari kecil,” katanya.
Topic Berkaitan
#Baru Bian
#kemalangan
#lorong khas
#lorong paling kiri
#motosikal
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan