awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Pendakwaan perlu disegera jika babit kecuaian manusia - Siew Fook

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
24/05/2021
16:30 MYT
LRT bertembung: Pendakwaan perlu disegera jika babit kecuaian manusia - Siew Fook
Siew Fook menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam mengenai kejadian berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekiranya kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran Stesen KLCC malam Isnin melibatkan kecuaian manusia, pendakwaan perlu disegerakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Perkara itu ditegaskan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
"Kemalangan yang melibatkan dua tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam tadi (Isnin) merupakan satu kemalangan tren yang sangat serius dan yang paling teruk dalam sejarah LRT sejak ia beroperasi pada tahun 1998 di negara kita.
"Memandangkan kejadian ini menyebabkan kecederaan orang awam, saya menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam," kata Ahli Parlimen Seremban itu dalam kenyataan malam Isnin.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu sidang media selepas melawat lokasi kemalangan itu di ibu negara, mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kejadian berkenaan.
Katanya, pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
BACA: LRT bertembung: Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan siasatan - Wee Ka Siong
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.
Penumpang cedera, LRT Kelana Jaya terbabit dalam kemalangan
Topic Berkaitan
#LRT bertembung
#Stesen KLCC
#kemalangan
#tren
#Transit Aliran Ringan
#pendakwaan
#segera
#Anthony Loke Siew Fook
#bekas menteri pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan