awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Siasat secara terperinci puncanya - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
14:31 MYT
LRT bertembung: Siasat secara terperinci puncanya - Annuar Musa
Annuar turut mengarahkan supaya meneliti jika terdapat kecuaian terutama membabitkan menara kawalan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meminta agar siasatan terperinci dilakukan mengenai punca kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam ini.
Menerusi ciapan di laman Twitternya sebentar tadi, Annuar turut mengarahkan supaya meneliti jika terdapat kecuaian terutama membabitkan menara kawalan.
“Public safety mesti sentiasa diutamakan. Semoga rawatan segera dan terbaik diberikan kepada yang cedera. Terima kasih pada pasukan pembantu,” katanya.
Insiden perlanggaran koc yg berlaku sejam yg lalu mesti di siasat secara terperinci puncanya,dan meneliti jika adanya kecuaian terutama di menara kawalan.Public Safety mesti sentiasa di utamakan.Semoga rawatan segera dan terbaik diberikan kpd yg cedera.T Kaseh pd pasukan pembantu
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) May 24, 2021
Terdahulu, sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru pada Isnin malam.
BACA: LRT laluan Kelana Jaya terlibat kemalangan berhampiran Stesen Kampung Baru
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
Topic Berkaitan
#LRT
#Kelana Jaya
#Annuar Musa
#Menteri Wilayah Persekutuan
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan