awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT bukti kemampuan, agih dividen lebih baik di sebalik cabaran ekonomi global - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
12/03/2026
04:24 MYT
LTAT bukti kemampuan, agih dividen lebih baik di sebalik cabaran ekonomi global - Mohamed Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Kewangan 2025 hari ini. - Foto Bernama
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuktikan keupayaannya untuk memberikan pulangan dividen yang lebih baik bagi tahun kewangan 2025 meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
​Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata prestasi itu satu pencapaian yang membanggakan memandangkan situasi ekonomi dunia yang mencabar sepanjang tahun lepas.
​"Saya mengucapkan tahniah kepada LTAT, dalam keadaan pergolakan global yang menjejaskan ekonomi tahun lepas, ia masih dapat mencapai pelbagai pencapaian yang baik.
"Pencapaian ini memungkinkan LTAT untuk mengumumkan dividen pada kadar yang lebih baik daripada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2025, di sini hari ini.
​Mohamed Khaled berkata kementerian akan terus memantau prestasi LTAT bagi memastikan dana simpanan anggota tentera diuruskan dengan sebaik mungkin.
"Saya percaya LTAT berada pada landasan betul untuk mengurus dana simpanan anggota tentera yang pada akhirnya boleh membawa pulangan yang baik kepada ahli," katanya.
LTAT hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, iaitu jumlah agihan tertinggi direkodkan dalam tempoh lapan tahun.
​Agihan keseluruhan berjumlah RM524.74 juta itu bakal memanfaatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus mengukuhkan komitmen LTAT dalam memastikan kesejahteraan kewangan jangka panjang para pencarum.
​-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#LTAT
#dividen
#ekonomi global
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan