awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Soraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2024
04:15 MYT
LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu sedia menerima penerbangan antarabangsa hujung tahun ini. Gambar kecil: Kamaruzzaman
KOTA BHARU: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini sedia menerima penerbangan antarabangsa hujung tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.
"Kita (LTSIP) sudah siap sedia untuk penerbangan antarabangsa cuma menunggu peluang perbincangan lanjut.
"Alhamdulillah ketika ini perbincangan dengan pengendali perkhidmatan penerbangan antarabangsa sudah ada, berjalan lancar dan mereka berminat untuk datang ke Kota Bharu," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.
Keadaan terkini yang lebih selesa dan luas di terminal baharu LTSIP di Kota Bharu pada Rabu.
Sebelum itu beliau turun padang meninjau hari pertama operasi terminal baharu LTSIP.
Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri dalam mengendalikan penerbangan antarabangsa.
Ujarnya, buat masa ini LTSIP belum diiktiraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Kamaruzzaman memberitahu, bagaimanapun status itu akan dipohon sejurus penerbangan antarabangsa secara berjadual beroperasi penuh di negeri ini.
Tambah beliau, jika LTSIP dinaik taraf sebagai antarabangsa ia akan mengembangkan lagi ekonomi Kelantan pada masa hadapan menerusi kedatangan lebih ramai pelancong antarabangsa.
"Kelantan mempunyai banyak kelebihan yang masih boleh diterokai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamaruzzaman memberitahu, secara purata jumlah penerbangan di Kelantan antara 30 hingga 35 sehari.
Katanya, dengan adanya kemudahan itu ia mampu menarik syarikat pengendali perkhidmatan untuk menambah kekerapan penerbangan ke negeri ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LTSIP
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
#penerbangan antarabangsa
#Malaysia Airports Holdings Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan