awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan, Israel adakan pertemuan pertama di Jabatan Negara AS Selasa ini

Bernama
Bernama
11/04/2026
02:28 MYT
Lubnan, Israel adakan pertemuan pertama di Jabatan Negara AS Selasa ini
Pejabat Presiden berkata langkah itu dilakukan sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun.

Lubnan dan Israel bersetuju untuk mengadakan pertemuan pertama mereka pada Selasa di Jabatan Negara AS di Washington yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata dan melancarkan rundingan terus, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Pejabat Presiden Lubnan.

Dalam satu kenyataan di X pada malam Jumaat, Pejabat Presiden berkata langkah itu dilakukan sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun.

Sebagai sebahagian daripada proses dan berdasarkan arahan daripada Aoun, Duta Besar Lubnan ke Washington Nada Hamadeh Moawad telah mengadakan panggilan telefon dengan Duta Besar Israel ke Washington Yechiel Leiter, dalam apa yang disifatkan sebagai hubungan "pertama" antara kedua-dua pihak.

Duta Besar AS ke Lubnan Michel Issa, yang kini berada di Washington, turut menyertai panggilan tersebut.

Semasa panggilan itu, persetujuan dicapai untuk mengadakan pertemuan pertama Selasa depan di ibu pejabat Jabatan Negara AS bagi membincangkan pengumuman gencatan senjata dan masa untuk memulakan rundingan antara Lubnan dan Israel di bawah naungan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Israel
#lubnan
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan