awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lupus sisa berjadual atau berdepan tindakan tegas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/12/2021
01:00 MYT
Lupus sisa berjadual atau berdepan tindakan tegas
Tuan Ibrahim juga telah meminta JAS negeri untuk mengambil tindakan segera sekiranya menerima laporan berhubung kejadian seperti itu. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melupuskan sisa berjadual secara haram.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat.
Justeru pihaknya juga telah meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk mengambil tindakan segera sekiranya menerima laporan berhubung kejadian seperti itu.
"Sekiranya kita dapati ada mana-mana pihak yang terlibat, kita akan terus ambil tindakan pendakwaan mahkamah dengan bukti-bukti yang cukup sebagainya.
"Sebab itu perlu segera sebab bahan bukti ini terutama yang dilepaskan dalam sistem kumbahan, perparitan, kadang-kadang apabila hujan turun ia akan hilang. Sebab itu kita perlu segera," katanya.
Beliau berkata sisa berjadual mesti dilupuskan di tempat yang telah dikhaskan.
Terdahulu, puluhan tong sisa industri berjadual yang dibuang secara haram sehingga menutup sebahagian jalan raya di kawasan industri di Paka, Dungun, Terengganu menimbulkan kerisauan penduduk.
Bagaimanapun Ketua Pengarah JAS, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung aktiviti pembuangan sisa secara haram itu.
Menurut Wan Abdul Latif, hasil siasatan mendapati ia adalah tin-tin kosong bagi produk cat jenis polyurethane bersaiz 21 kilogram iaitu bahan yang digunakan bagi membaiki bumbung bocor.
Jelasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 34b(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika didapati bersalah, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara mandatori maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000.
Topic Berkaitan
#sisa berjadual
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#JAS
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan