awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Hakim dipanggil semula, perkuat Harimau Malaya hadapi Vietnam

Bernama
Bernama
19/03/2026
09:17 MYT
Luqman Hakim dipanggil semula, perkuat Harimau Malaya hadapi Vietnam
Pemilihan itu membuka peluang kepada Luqman Hakim (tengah) untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kira-kira empat tahun. - Gambar fail/Stadium Astro

Penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi terakhir Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada 31 Mac ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi pasukan kebangsaan Malaysia NT hari ini, bekas pemain muda sensasi negara itu antara lima penyerang yang dipilih selain Mohamad Faisal Abdul Halim, pemain naturalisasi Paulo Josue, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Safawi Rasid.

Pemilihan itu membuka peluang kepada Luqman Hakim untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kira-kira empat tahun, dengan penampilan terakhir pada aksi persahabatan menentang Singapura pada Mac 2022.

Selain Luqman Hakim, ketua jurulatih kebangsaan Peter Cklamovski turut membawa masuk dua muka baharu, iaitu dua pemain pertahanan Muhammad Feroz Baharudin serta Muhammad Syahmi Safari.

Skuad bimbingan Cklamovski dijadualkan memulakan kem latihan pusat bermula Isnin depan, dengan pasukan negara difahamkan akan menjalani sesi latihan sehari di sini sebelum meneruskan persiapan di Bangkok, Thailand, seterusnya berlepas ke Vietnam.

Vietnam kini diambang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2027 apabila mendahului saingan Kumpulan F dengan mengumpul 15 mata, diikuti Malaysia kedua (9 mata) manakala Laos dan Nepal masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan berkongsi tiga mata.

Hasrat Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia buat kali kedua berturut-turut secara merit tidak kesampaian selepas menerima hukuman pemotongan mata oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pada Selasa lepas, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua aksi pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 masing-masing menentang Nepal dan Vietnam.

Hukuman oleh AFC itu susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mengekalkan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes melibatkan pelanggaran peraturan berkaitan dokumentasi pemain.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#sukan
#bola sepak
#harimau Malaya
#Luqman Hakim Shamsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan