awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas ulangi pendirian akan patuhi undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2012
03:27 MYT
Lynas ulangi pendirian akan patuhi undang-undang
Lynas Advance Material Plant (LAMP) sekali lagi menegaskan akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.
Pada masa yang sama, pengendali projek berkenaan akan mengubah sisa WLP kepada produk selamat secara komersial dipanggil synthetic aggregate’.
Sisa WLP mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi.
Lynas memberi respon ekoran laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh loji bahan lanjutan Lynas.
Pada 7 Disember lalu, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam.
Malah naib presiden dan pengarah urusan Lynas Datuk Mashal Ahmad langsung tidak menyatakan bahawa sisa WLP akan kekal di Malaysia.
Sebaliknya Mashal menjelaskan bahawa synthetic aggregate akan dieksport ke negara lain.
Tindakan itu sejajar dengan piawaian dan peraturan antarabangsa dan tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam.
Dalam pada itu Lynas turut mengulangi kenyataan bahawa kilang untuk mengubah sisa WLP telah dibina di LAMP dan kini siap sedia untuk beroperasi.
Topic Berkaitan
#Gebeng Pahang
#Lynas Advanced Material Plant (LAMP)
#Lynas Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan