awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anak lelaki Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2026
08:49 MYT
Dua anak lelaki Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap
Muhammed Amir (kiri) dan Muhammed Amin (kanan) dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret selepas gagal mematuhi notis SPRM untuk menghadapi pertuduhan kes. -Foto Sinar Harian
Dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, selepas gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan kes.
Mahkamah juga mengeluarkan waran sama terhadap ahli perniagaan, Josephine Premla, 65, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Daim.
Perintah berkenaan dikeluarkan selepas anak ketiga dan keempat bekas ahli politik itu termasuk Josephine, tidak hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Semasa prosiding, Majistret, Illi Marisqa Khalizan berkata, mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah itu, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.
Semasa membaca keputusan, beliau berkata, SPRM telah mengeluarkan notis pertama kepada dua anak lelaki bekas pemimpin kanan UMNO tersebut pada 13 Februari supaya hadir ke pejabat SPRM keesokan hari.
Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah bersetuju bahawa masa yang diberikan terlalu singkat.
Justeru katanya, SPRM membenarkan permohonan lanjutan masa dan memberikan tarikh 11 Mac iaitu lebih kurang tiga minggu kepada dua beradik berkenaan.
Beliau berkata, peguam kemudian menghantar surat bertarikh 9 Mac dengan menyatakan mereka tidak boleh hadir dan hanya bersedia pada 30 Mac.
Katanya, pihak SPRM sekali lagi memberi lanjutan masa dan meminta ketiga-tiga individu itu hadir ke pejabat SPRM pada 6 April.
“Sekali lagi, penama-penama gagal menjawab notis tersebut dan meminta penangguhan kepada Julai depan.
“Susulan itu, SPRM memfailkan permohonan waran tangkap ini di mahkamah.
“Mahkamah berpendapat, ada sebab untuk mempercayai tiga penama itu melarikan diri biarpun mengetahui notis telah dikeluarkan oleh SPRM,” katanya.
Selain itu beliau berkata, tiada dokumen sokongan mengaitkan alasan melanjutkan pelajaran di universiti luar negara dilampirkan kepada mahkamah, untuk membuktikan kenyataan peguam penama mengenai ketidakhadiran anak guam ke pejabat SPRM.
Justeru mahkamah berpendapat, permohonan pihak pendakwaan adalah bermerit dan waran tangkap bagi ketiga-tiga penama dibenarkan.
Pada Isnin, anak perempuan Daim iaitu Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan hampir lima jam, bermula 10 pagi.
Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.
Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.
Pada pagi Selasa, anak perempuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta, membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tun Daim Zainuddin
#Muhammed Amir
#Muhammed Amin
#Asnida
#Md Wira Dani
#SPRM
#Mahkamah Majistret
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan