awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
10:26 MYT
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Keuntungan Rusia daripada eksport minyak, gas dan baja berjumlah lebih 10 bilion euro (AS$11.54 bilion) sebulan. - Gambar hiasan/Reuters
Rusia menjana pendapatan berbilion euro daripada eksport komoditinya susulan penutupan berkesan Selat Hormuz, kata Dewan Perdagangan Luar Jerman-Rusia pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keuntungan Rusia daripada eksport minyak, gas dan baja berjumlah lebih 10 bilion euro (AS$11.54 bilion) sebulan, menurut dewan itu.
“Rusia merupakan pemenang besar dalam konflik baharu di Asia Barat,” kata Pengerusi dewan itu Matthias Schepp.
Rusia mendapat manfaat daripada harga komoditi global yang lebih tinggi kerana negara itu menggunakan laluan eksport alternatif. Semua ini boleh “memberikan Rusia durian runtuh yang tidak dijangka pada skala bersejarah,” kata Schepp di Moscow.
Dengan harga minyak yang kekal sekitar AS$100 setong, Rusia boleh menjangkakan peningkatan tahunan sebanyak US$71.8 bilion berbanding pelan belanjawannya.
Harga minyak mentah Brent bagi penghantaran Jun meningkat kepada lebih AS$111 setong - setiap setong mengandungi 159 liter - pada awal minggu ini. Harga itu hampir AS$40 lebih tinggi berbanding sebelum konflik bermula.
Belanjawan Rusia sangat bergantung kepada hasil jualan minyak dan gas, dengan harga AS$59 setong pada masa ini diandaikan dalam belanjawan. Sebelum konflik Iran, belanjawan itu menunjukkan defisit kerana harga minyak berada di bawah paras yang dirancang.
“Pada paras harga semasa, Moscow boleh menjana kira-kira AS$50 bilion pendapatan tambahan setahun daripada minyak dan gas sahaja,” menurut dewan itu.
Rusia, yang turut berharap sekatan Barat ditamatkan, menggunakan hasil daripada jualan komoditi untuk membiayai perangnya terhadap Ukraine.
Segelintir pihak di Moscow kini berharap harga minyak mencecah US$200 setong. Menurut dewan itu, keadaan itu akan menjana US$350.4 bilion – iaitu US$247 bilion lebih tinggi daripada yang dirancang dalam belanjawan.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Rusia
#hasil
#penutupan
#Selat Hormuz
#Dewan Perdagangan Luar Jerman-Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan